Thursday, 18 April 2013

ADA APA DENGAN HATI...?

BISMILLAH...

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

Seperti yang diJANJIkan post kali ini saya akan cerita tentang HATI....semua orang di dunia ini mempunyai HATI dan PERASAAN...semua ini ALLAH yang kurniakan kpd kita.Ini sudah tertulis dalam surah SAJADAH,ayat ke-9:-

Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

p/s:Kalau tak PERCAYA bolehle bukak TAFSIR masing2...:)

Hm...ALLAH mengurniakan HATI kepada KITA agar KITA gunakan dengan sebaik2nya...

Bagi REMAJA macam SAYA,JATUH CINTA adalah perkara BIASA...Hal ini kerana CINTA itu adalah FITRAH manusia.tapi,perasaan itu mesti disalurkan dengan CARA dan TEMPAT yang BETUL...jika TIDAK,kita juga yang akan BINASA dikemudian hari.

Banyak cerita yang berkaitan HATI dan CINTA ini.Kalau tengok drama2 pong tak kiralah drama Melayu ke Hindustan ke English ke,apa2 sekalipon mesti ada unsur CINTA.Orang yang bercinta selalunya perangai DIORANG ni PELIK sikit....betol tak???sebab cerita 'Cinta Bertasbih' ada puisi macamnie:-

Cinta adalah KEKUATAN
Bisa mengubah DURI jadi MAWAR
Mengubah CUKA jadi ANGGUR
Mengubah SEDIH jadi RIANG
Mengubah AMARAH jadi RAMAH
Mengubah MUSIBAH jadi MUHIBBAH
Itulah CINTA...

Cinta yang sebaik2nya adalah CINTA pada yang MAHA ESA...

Ada orang cakap CINTA itu BUTA,benarkah???Ada orang cakap CINTA itu GILA,betulkah???

Yang benar,ada orang sanggup MEMBUNUH DIRI jika cintanya ditolak...bukankah itu GILA?
Yang benar,ada orang sanggup HANYUT dan SESAT kerana CINTA...bukankah itu BUTA?

Yang BUTA dan GILA itu MANUSIA,

Oleh itu kita mesti mengetahui PUNCA RACUN HATI dan PENAWAR HATI agar kita tidak menjadi GILA dan BUTA...

4 RACUN HATI

1)Berlebihan Dalam Berbicara
Rasulallah SAW bersabda ertinya : “Tidak akan lurus keimanan seseorang hamba, sehingga lurus hatinya dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya”.(Riwayat Ahmad dari Anas Bin Malik)

2)Berlebih-lebihan Dalam Memandang Sesuatu
Rasulallah SAW juga pernah bersabda: “Pandangan adalah satu anak panah yang dimiliki iblis, barangsiapa yang memejamkan pandangan kerana Allah maka dia akan memberikan rasa manisnya iman dalam hatinya, sampai pada hari dimana ia menghadapnya”

3)Berlebihan Dalam Makan
Luqman pernah menasihati anaknya dan berkata: “Hai anakku, bila lambung ia penuh, fikiranmu akan pendek, kebajikan menjadi beku dan anggota badan menjadi malas untuk beribadat”.

4)Berlebih-lebihan Dalam Bergaul
Rasul SAW bersabda: “Barang siapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah sesekali ia menyendiri dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya (bagi perempuan itu). Kerana sesungguhnya yang ketiganya adalah syaitan”.


5 PENAWAR HATI

Opick ada buat lagu pasal nie...


1)Baca QURAN dan MAKNANYA
2)Solat Malam dirikanlah
3)Berkumpul dgn ORANG SOLEH
4)Banyakkanlah BERPUASA
5)DZIKIR MALAM berpanjangan

ALHAMDULILLAH...selesai sudah entry saya kali ini.Kita jumpa lagi pada entry yg akan dtg...:)

SAMPAIKANLAH OLEHMU WALAU SEPOTONG AYAT

No comments:

Post a Comment