Friday, 19 April 2013

1+1=3?


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,SEMUA...

1+1=3?...



Mungkin ada yang hairan ketika melihat formula ini.Dan mungkin ada juga yang sudah tahu.Formula inilah yang dinamakan sinergi...

Saya mula ternampak formula ini apabila seorang rakan saya menjadikannya twitter header.Selepas itu,pensyarah MGT saya juga ada menyebut tentang formula ini yang digunakan dalam perniagaan...

Tetapi...selepas membaca novel HILAL ASYRAF bertajuk "SINERGI" berulah saya tahu bahawa formula ini juga penting dalam PERSAHABATAN dan UKHUWAH...

1+1=3 =2INDIVIDU+1KEIMANAN...

"Sahabat yang setia akan sentiasa membimbing sahabatnya sehinggakan apabila sahabat itu mahu terjun ke lembah neraka,dia akan menarik tangan sahabatnya itu agar dapat masuk syurga bersama-sama..."-petikan dari novel SINERGI-

Hampir saya menitiskan air mata ketika membaca ayat ini...saya teringatkan sahabat saya yang sentiasa berada di samping saya dari mula perkenalan kami di TINGKATAN 1 sehingga saya berpindah sekolah pada TINGKATAN 4.Sekarang beliau melanjutkan pelajaran di JORDAN.Beliau banyak mengajak saya ke arah kebaikan.Menuju AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR dalam menuju KEREDHAAN ALLAH.

Di dalam SURAH AL-HUJURAT,ayat 13:-

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Di sini menunjukkan ISLAM tidak melarang PERSAHABATAN di antara BERLAINAN JANTINA dan KAUM tetapi...hendaklah ada BATASnya.Semua orang sama di sisi ALLAH yang membezakan hanyalah keTAKWAan.Jadi,kita sebagai manusia (HAMBA ALLAH YANG HINA) janganlah mengutuk,mengumpat,menghina dan mencerca antara satu sama lain...

Sahabat yang baik adalah sahabat yang dapat membimbing sahabatnya ke arah KEBAIKAN...


"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya."(IMAM AL-GHAZALI)

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari." - Saidina Ali


~BERSAHABAT HINGGA KE SYURGA~

~UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA~ 




SAMPAIKANLAH OLEHMU WALAU SEPOTONG AYAT...:)

No comments:

Post a Comment