Monday 16 July 2018

Nota Kecil Untuk Murabbi

Coretan khas buatmu sang Murabbi...


Assalamualaikum ya Murabbi,

Harini aku berbahagia
Sungguh banyak pencapaian yang telah tercipta
Tiada terluah dengan kata-kata

Ya Murabbi,

Ketika aku tidak mengerti apa-apa
Kau sentiasa ada bersedia
Menggenggam erat tanganku mengatur pena
Agar aku dapat menempuh kejayaan di pentas dunia

Wahai Murabbi,

Masih banyak lagi yang aku tidak cakna
Aku masih bertatih lagi di bumi yang fana
Kadang kala aku tertanya-tanya
Apakah destinasi yang tercipta
Untukku mendapat redhaNYA

Murabbi,

Sungguh aku keliru
Sungguh aku buntu
Mampukah aku mencapat hala tuju yang aku mahu
Kerna tanpa sedar
Aku masih perlukanmu

Murabbi ya habibi,
Tiada kata yang mampu terucap dari bibirku
Melainkan terima kasih untukmu

-HaniUyun,2018-

No comments:

Post a Comment