Friday 21 June 2013

Hari Jumaat Penuh Barakah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum.

Ehem2.Test2 suara 1,2,3...

Penat hari ini.Meredah perjalanan pulang ke rumah menaiki bas rapid KL.

Dalam tengah syok2 naik bas rapid--->seranas--->wawasan sutera,aku nampaklah beberapa orang jejaka yang aku rasa dia memang beragama islam yang kacak2 ghupenye...oh,jatuh hati aku dibuatnye!

Ok.That's not my point.

My point is...

Aku tersangat heran apa yg mereka sedang buat di jalanan pada tengah hari jumaat yang cukup2 panas nie...

Bukan ke mereka sepatutnye sedang berada di dalam masjid untuk menunaikan solat jumaat?

Nak kata musafir?

Mungkin yg ada dalam bas tu aku percayalah mereka sedang musafir.

Yang aku tengok baru keluar dari kompleks Jusco , jam 1.30 petang, pastu baru naik bas tu apa pulak ceritanya?

Aku bukannya nak menuduh.

Juz,curious.

Sempat ke mereka2 nie nak solat Jumaat.

Yang lagi tak sedapnye tu, jejaka2 nie bukan keluar berseorangan!

Ada gadis pula di sisinya sedang berpegangan tangan dengan mereka.

Dan sekali lagi, aku terpaksa menyedapkan hati aku yang pahit, menjadi masakan hati gulai tempoyak dengan mengatakan:

"Ahhh...mungkin adik dia kot.Kakak agaknya"

Hm...lagi membuatkan hati ini merasa hambar,

Gadis itu tidak berhijab!

Beginikah kita menyambut setiap kedatangan Hari Jumaat yang penuh mulia?

Kalau tak mampu mengisi hari Jumaat dengan amalan2 sunat seperti membacara Surah Sajadah pada solat Subuh,Surah Al-Kahfi pada malam Jumaat dan sebagainya...

Cukuplah kalau kita tidak membuat maksiat pada hari Jumaat.

Dan kalau boleh pada hari2 yang lain juga.

Sebab Hari Jumaat nie lah HARI YANG TERSANGAT2 ISTIMEWA.

Banyak peristiwa2 penting dalam Islam berlaku pada Hari Jumaat...

1) Allah menciptakan Adam
2) Allah menurunkan Nabi Adam ke bumi
3) Allah mematikan Nabi Adam
4) Pada hari itu juga tiada seorang hamba yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, gunung dan juga lautan melainkan semuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
6) Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa
7) Pernikahan anatara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha
8) Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa
9) Pernikahan Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis
10) Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
11) Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah

12) Pernikahan antara Sayyidina Ali as dengan Siti Fatimah .


Sooo,kalau nak nikah pon pilihlah hari Jumaat ye.HEHEHE.Juz kidding.:P

And once again,saya nak merayu sangat2 kepada SEMUA,especially kepada MUSLIMIN,jagalah keMULIA-an HARI JUMAAT itu.

tapi,yang saya maksudkan 'lelaki2' tu x semestinya awak semua yg saya jumpa dlm bas tadi uh...

SIAPA YANG MAKAN CILI DIALAH TERASA PEDASNYA...

peace,no war,k!



Peace be upon U... :)




Tuesday 18 June 2013

Welcome to The World,Dear...

BISMILLAH.
ASSALAMUALAIKUM.

Hari ini baru berkesempatan meng-'update' blog.

Ni nak share berita gembira dekat semua readers.

Saya baru dapat anak buah baru.

Girl.

Permata hati kakak dan abang ipar saya tu,telah dilahirkan pada 14/6/2013,Jumaat,Jam 11.47 malam.

:)

Saya sungguh gembira,sebab bertambahlah ahli keluarga En.Hashim.

Dan total anak buah saya semuanya sekali sekarang nie 6 orang.

Sungguh,bayi yang dilahirkan itu sungguh comel.

Putih Bersih.

Benarlah kata orang bayi yang baru dilahirkan itu ibarat kain putih.

Langsung tidak berdosa.

Sememangnya saya sungguh sukakan budak2....

Itu sahaja untuk kali nie...

Hope doakan yang baik2 sahaja untuk my niece.

Semoga beliau menjadi insan yg solehah.

Pintar.

Cantik.

Baik.

Bahagia dunia dan akhirat.




Comel tak saya pakcik makcik sekalian?

:)

Saturday 8 June 2013

Your Life,Your Choice

BISMILLAH.
ASSALAMUALAIKUM.


Hari ini,hari Sabtu 8/6/2013.Ini bermakna esok hari Ahad lusa hari Isnin tulat hari Selasa dan aku akan melangkah ke sem 3 sebagai student diploma AKAUNTANSI fast trackers di UITM PUNCAK PERDANA.*ayat klise bagi orang yang pasrah cutinya telah tamat*.hehehe.

Dan hari Sabtu yang serba sayu lagi mendukacitakan ini telah dipulihkan semangatnya oleh kerana aku pergi
-----> Garden Of Heaven yang bertajuk "Wanita Solehah"

woot2...wuiiyyooo WANITA SOLEHAH gitu.

Di ruangan entry nie aku nak share la sikit ape ilmu yang aku dapat.

Tak Banyak dan Tak Seberapa.

Ilmu yg awal2 x dptla ak nk cite sbb ak x salin.Inilah yg dinamakan:

"Al-Ilmu fil Kutub La Fi Sudur"

Ilmu dalam buku bukan dalam dada.

Terok betol la ak nie...

Sooo,apa yg sempat ak salin:

Fakta:Otak sedar-5% dan otak bawah sedar-95%

Ini bermakna Otak Sedar menjadi captain kepada Otak Bawah Sedar sbb bilangannya yg sikit.

Mana ada captain lagi banyak dr tenteranya kan?

Soooo,bila captain bagi arahan kpd tentera,mestila tentera tu ikot kan?

Contohnya,otak sedar kita cakap:"Saya Malas"

Automatik Otak Bawah Sedar kita bertindak seperti yg diarahkan oleh tenteranya.

and lagi satu

fakta:

Otak bwh sedar kita x dpt track order in the form of NEGATIVE

Such as:"Saya Tak Nak Lambat" (otak sedar)

so,otak Bawah sedar kita akan bertindak

"Saya Tak Nak Lambat"

soooo,yg terbaik adalah:

otak sedar kita mengarahkan:

"Saya Nak Awal"!

then,otak bawah sedar kita akan melaksanakan COMMAND tersebut...

(motivasi utk masuk sem 3)

"Saya Nak Dapat 4 Flat"!!!!!

konklusi:kita mesti cakap ayat postif jekkk...


Apa yang kita fikir
Apa yang kita rasa
Apa yang kita kata
Apa yang kita buat

Semuanya adalah DOA


Sebagai contoh: Kita fikir ada org umpat kita,pastu kita rasa satu kampung x suka kita,kita pon kata "Satu kampung da benci aku" then at the end bila ada majlis kat kampung kita buat tak tahu dan mengasingkan diri dari masyarakat

see...semua yang bermula dari apa yang kita pk menjadi kenyataan kan?...


WAT U GIVE U GET BACK!

The common sentence that we always heard...

Tapi berapa ramai yg amalkan benda nie...

penceramah tu ada cakap,"Jangan risau pasal kes sindiket minta sedekah" sebabnye bukan kita yg dapat kawal kes tu...

Tapi,apa yang kita boleh buat dengan menghulurkan sumbangan kepada kanak2 tu...

Kalau diorang tak susah buatpe diorang minta sedekah kan...

Bagi makan/minum ke kepada kanak2 atau org minta sedekah

Kalau diorang pulang tanpa duit kepada sindiket,diorang gak yang kena pukul...

Tapi,kalau kita bagi je sedekah setakat 2 3 ringgit kita x rugi pape.Bahkan kita dapat PAHALA dan ganjaran yg kita dapat pon nanti berlipat kali ganda...

Ada satu cerita nie ada org derma rm 3 je...tapi,dia dapat balik pulangan 10 kali ganda,means dy dapat balik rm30...

camne tu?

lepas dia sedekah dkt orang,dia amik pen and kertas pada hari yang sama:

waktu dia nak g keje,tgh jalan ada org tlg isi minyak moto dia=RM3

waktu tengah hari orang belanja dia makan tengah hari=RM9

waktu petang pula ada org bagi sebungkus kecik pampers=RM18

Total=RM30

MAHA SUCI ALLAH!


ORANG YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN
ORANG YANG BIJAK ADALAH ORANG YANG MENGINGATI HARI MATI


Larangan Mengumpat:Surah Hujurat:12 (mengumpat adalah BUKAN ciri2 wanita solehah)

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.


Ice breaking dan penyampaian cabutan bertuah turut ada untuk menggalakkan hadirin merembeskan kimia serotonim dalam badan yang membuatkan kita rasa GEMBIRA


"ISLAM HANYA AKAN MENANG JIKA SAF SOLAT SUBUH (MUSLIMIN) SAMA RAMAINYA DENGAN SAF SOLAT JUMAAT"

-HADITH-(KALAU TAK SILAP)


YOUR LIFE YOUR CHOICE!



WATCH DIS VIDEO!





Makan Free,U...



I dapat cabutan bertuah,u...


Ustazah Mas dan Pembantu





Thursday 6 June 2013

Kem Ibadah.

BISMILLAH.
ASSALAMUALAIKUM.


Ni den nak koba nie,dkt masjid uma den ada buek kem ibadah bersempeno dengan cuti sekola.

Eh,asal ak ckp negoghi nie?hahaha,

Ok la.straight to the point.

Masjid dkt uma tu mang rajin wat kem2 mcm nie.

Hampir setiap cuti skola ade je program2 macam nie.

Dan kali nie,ana nak ucapkan bebanyak ucapan mabruk alaikum kps fasi2 kem ibadah yg telah tamat dgn jayanya pd hari ini.

Tapi,sebagai insan yg dhaif,ana adalah nampak banyak kekurangan pada kem kali ini.

Maaf,ana tahu susah nak handle program2 dan bebudak yg baru meningkat besar.

1)Masjid bising,kurang kawalan dan tindakan drpd fasi2

2)Masa program yg singkat hanya 2 hari

3)bebudak x fokus bila ade ceramah(ofkosle) sbb org besau pon x fokus gak bila ade ceramah tu.

4)yg len ana x tahu sgt sbb bkn ana yg jadi fasi.


ana bukan le nak pandai mengkondem saje,di sini ana nak bagi bbrp cdgn:

1)strict ckit dgn bebudak walaupon diorang masih budak,tapi,waktu niela diorang mudah dididik

2)panjangkan ckit program minimum:3 hari +aktiviti2 yg menarik

3)bab ceramah tu da x bole buat pe dah

4)sebenau2nye ana jeles sbb ana x dipanggil menjadi fasi utk program kali ini,klu de pape prog masjid panggilah ana,kalau ana cuti dan berkesempatan bolela ana buli dak2 tersebut.

kuang3...

okla.diharapnye kem ibadah kali nie dapat memberi ilmu dan dapat mendidik anak2 kecil kita.

Pemuda Harapan Agama

Asy-syabab 'Imad Ad-Din


Sekitar Kem Smart Solat yg ana pernah kendalikan:
Meeting
Meeting
Ustaz2 yg rajin

Pengenalan fasi
Ain wif me






Grouping

Sesi Brainwash b4 NightWalk

Patah Meja tu sbb 2 fasi yang hebat!har3

Graduan pelajar stam samttar menyampaikan kuliah subuh

Ustaz Jam bersama anak

Bebudak yg comel

Aktiviti 

Khemah yg dipasang.acah2 je nie

Sekitar Majlis Penutup

Ade beran?

Sesi penyampaian hadiah

My dear frenz a.k.a fasi



Maryam and peserta




Kami yg berganding bahu menjalankan kerja2 dakwah




Have a nice holiday!~

Wednesday 5 June 2013

GARDEN OF HEAVEN

By The Name Of Allah.
Peace Be Upon U,guys...


I went to the mosque wif my mom when the sunset a.k.a. MAGHRIB arrived.

Im so glad today cz I can hear the TALK bout ISRA' MIKRAJ(one of the famous MUSLIM event that we celebrate every year).

Isra' Mikraj is all about the journey of PROPHET MUHAMMAD PBUH from Masjidil Haram (which is situated in Mecca) ----> Masjidil Aqsa (in Palestin) juz only ONE NIGHT.

Here,OUR CREATOR,ALLAH S.W.T had give an ORDER to MUSLIM to perform prayer a.k.a.SOLAH)

From 50 rakaah that ALLAH had asked MUSLIM to perform it,finally,the ORDER has been lightened to juz only 5 rakaah.

how merciful ALLAH  is!

Then,in this event too,OUR PROPHET had saw many things which is many of them is bout the punishment for the people who against the obligation!

-people who hit their head to the rock:this people who didnt perform their solah

-people who sink in the disgusted liquid and blood:the punishment is for people who eat the orphans' property and money

and many more...

but this punishment is not to tell us that ALLAH didnt love us.

ALLAH just want to remind us to perform the obligation and avoid HIS prohibition.


So,the GARDEN OF HEAVEN is,

whatever the TALK and PREACHING that give us some knowledge,especially the knowledge can make us closer to our GOD,ALLAH SWT

every single thing that we get from the TALK and we share it to others,we can get the REWARD.(in form of PAHALA)

when we went to this such of TALK we can feel the calm and beauty in ISLAM.

that is why we call it GARDEN OF HEAVN

in MALAY,we call it taman2 syurga...

PROPHET MUHAMMAD said :

إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوْا قَالُوْا

وَمَا رِيَاضُ الجَنَّةِ قَالَ حِلَقُ الذِّكْرِ

"When you pass the gardens of heaven drop by." Then the companions asked, "What are the gardens of Paradise, O Messenger of Allah?"

He replied, "The group of people who remind each other to Allah because Allah Ta'ala has angels around to find-people who rememberAllah. When they came to the people, then they would have covered it. "

(Narrated by Abu Nu'aim)





~THAT'S IT FOR TODAY~
~THANK U CZ READING~






Tuesday 4 June 2013

Malu.

BISMILLAH.
ASSALAMUALAIKUM.


Waktu saya tengah tulis entry ini saya tengah malu.Ouch,malu gituuu...Malu ke?


Malu kepada siapa?


Malu kepada ALLAH.

Malu kepada RASUL.

Malu kepada DIRI SENDIRI.


Kenapa malu?


Sebab saya tahu saya tidak sesempurna mana.

Tidak sempurna dalam segala hal.

Lebih2 lagi dalam menjaga IKHTILAT.


Apa itu IKHTILAT?

Ikhtilat itu adalah pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.


Oooo...abis tu kenapa perlu jaga ikhtilat?

Sebab ALLAH dah suruh macam tu...Erm...boleh rujuk beberapa surah dalam AL-QURAN seperti:-

-Surah An-Nur:31

Terjemahannya:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya 1)menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan 2)memelihara kehormatan mereka dan 3)janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka 4)menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan 5)janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan 6)janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan 7) bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


-Surah Al-Israa':32

Terjemahannya:

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” 


-Juga Hadith Nabi:

Terjemahannya:

"Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan dia ditemani oleh mahramnya. Dan tidak boleh seseorang lelaki berdua-duaan bersama perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya."


Sooo,apakah adab2 ikhtilat?

-As mentioned in Surah An-nur-:31
and:

  • Tidak bersentuhan antara lelaki dan perempuan.
  • Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat. 
  • Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. 
  • Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat. 
  • Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.


Abis tu,kita x boleh la berurusan dengan berlainan jantina yang bukan mahram?

-Sape cakap x boleh...boleh laaa...tapi,dengan syarat,

  • Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak. Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.
  • Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman. Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.
  • Ikhtilat kerana menjadi saksi kerana Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Hal ini demikian kerana menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.
  • Ikhtilat kerana amar makruf nahi munkar. Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla' bahawa Umar al-Khattab RA telah melantik as-Syifa' menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.
  • Ikhtilat kerana melayan tetamu. Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syar'ei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah SAW dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda SAW.
  • Ikhtilat kerana memuliakan tetamu jika perlu makan bersamanya. Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar'ei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama banginda. Ini bererti bahawa orang Ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama walaupun mereka tidak makan kerana mereka mengutamakan tetamu.
  • Ikhtilat dalam kenderaan awam. Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan  walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi  seperti keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya, membeli-belah dan ke hospital meskipun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi. Dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar'ei.
  • Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad. Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya : Kami bersama Rasulullah SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.
  • Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat. Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatan bahawa Rasulullah SAW keluar pada satu Hari Raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah dan ketika itu bersama baginda SAW ialah Bilal bin Rabah.
  • Ikhtilat dalarn suasana yang telah menjadi adat kebiasaan. Tersebut dalarn kitab Muwatta'. Persoalan adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan mahramnya? Berkata Malik : Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab.

Oooo,faham...!

Konklusi:Semua insan perlu ada rasa malu.

Betulkan Diri,Kurangkan Kontroversi,Tingkatkan Prestasi,Bahagia Duniawi dan Ukhrawi


p/s:Dalam proses mengislahkan diri...sama2 menginsafi kekurangan dan kelemahan. :)


~Sampaikan Olehmu Walau Satu Ayat~










Monday 3 June 2013

Medan Mujahadah Diri.

BISMILLAH...
ASSALAMUALAIKUM.


Lagi beberapa minit sahaja lagi akan berkumandang azan maghrib.Dan beberapa minit itulah yang akan membuktikan sama ada aku ini manusia yang sabar atau tidak.

Tadi,tolong mak dekat dapur,so,aku sapat membayangkan apa menu buka puasa pada hari ini.Yummy!hehehe...

Soooo,daripada aku mengurangkan pahala puasa aku,aku pon menyibukkan diri dengan kerja2 lain...

FB
TWITTER
and...BLOGGING.

pastu bila aku pk2 balik,
Eh,bukan ke semua tu keje2 lagha,sia2...

Hmmm...

Aku terkenang balik apa kata2 ustaz ustazah aku dulu.

"Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga"

"Puasa nie medan mujahadah diri untuk benar2 membuktikan adakah kita dapat tewaskan hawa nafsu kita..."

Itu apa yang aku belajar dulu.Di sekolah.

Dulu waktu dekat sekolah,banyak aku dapat input2 agama.Tapi,bila aku keluar,x banyak INPUT2 itu yg dapat bertukar menjadi OUTPUT

macam contohnya...

dulu aku mengamalkan,

AL-MA'THURAT

SURAH AL-MULK (sebelum tido)

banyakkan SELAWAT

baca YAASIN (malam Jumaat)

dan macam2 lagi...

tapi,sayang,semua itu hanya di SEKOLAH...

walaupon aku masih mengamalkannya tapi JARANG2

dan BUKAN selalu...


ASTAGHFIRULLAH.


oleh itu,
sekarang ini aku cuba berusaha untuk tidak mengurangkan lagi
PAHALA aku...

aku cuba untuk menahan diri daripada terlalu mengikut KATA HATI,
mengikut HAWA NAFSU...

untuk mempersiapkan diri untuk RAMADHAN yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.

lebih tepat lagi untuk mempersiapkan diri untuk bertempur di...

MEDAN MUJAHADAH DIRI

semoga kita semua sempat bersama2 untuk melalui medan itu...

in shaa ALLAH...


p/s:selamat berbuka puasa kepada insan2 yang berpuasa pada hari ini dan setiap hari ISNIN dan KHAMIS,
semoga IBADAH kita diREDHAI dan diTERIMA ALLAH sepanjang masa...peace,yo! :)



Saturday 1 June 2013

Jatuh,Bangun dan Bangun Lagi...

Ila menangis teresak-esak...
Bagi dia tiada keampunan untuk kesalahan yang telah dibuatnya...
Satu kesilapan baginya tiada butang 'undo' untuk ditekan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"Mak,ayah...Hani janji Hani akan belajar bersungguh-sungguh...Hani takkan hampakan harapan mak dan ayah...",ujar Hani 

Haritu Hani mendapat surat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara.Tawaran itu sekali dengan tajaan.Hatinya berbunga-bunga sekali.Bukan mudah mendapat peluang sebegitu.Tak sangka temuduga itu berjaya.:).

UK here I come!

Sudah dua bulan dia di situ.Memegang status seorang pelajar.University of Manchester.Dan dia meniti setiap harinya di universiti itu dengan bertapa di library,bertemankan buku-buku tebalnya...

Tapi,hari itu sedang dia belajar sendirian di bangku kosong di halaman universitinya,dia disapa oleh seorang lelaki warga tempatan yang agak kacak rupanya...

"Hye,can I sit here?",tegur Mat Saleh itu dengan slanga UK nya...
"Yeah,sure..."
"Thanks.By the way,my name is Ethan.Ethan Drew",lelaki itu memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan.
"Erm...I'm sorry Mr.Ethan.But my religion prohibit me to shake hands or touch any men with intention"
"Oh,ok.I'm sorry,I don't know about it..."

Bemula dari itu,terjalinlah bibit kemesraan antara Ethan Drew dan Hani Karmila.Semuanya nampak elok pada mulanya.Belajar,berbincang dan mengulangkaji bersama-sama.Karmila senang begitu.Setidak-tidaknya dia ada teman untuk mengajarnya beberapa matapelajaran yang baginya sukar.

Bidang aerospace eengineering yang diambilnya memang sukar dan jarang-jarang wanita mengambil bidang tersebut.Semuanya ada 12 subjek yang perlu diambilnya.

Oh,rupanya Hani Karmila dilamun cinta!

xxxxxxxxxxxxxx

Setahun berlalu...

Hani Karmila sudah tidak macam dulu lagi.Seorang anak kampung yang sopan-santun dan patuh kepada ajaran agama,kini sudah berubah.

Tudung yang disarungnya dahulu sudah hilang entah kemana.Keluar malam balik pagi.Tidak hadir ke kuliah berhari-hari.Teman sebiliknya,Ilya risau dibuatnya.Mereka masih dalam perjanjian tajaan.

Petang itu...
"Hani,want you join the party at my place tonight?",Kelly kawan sekelasnya juga warga tempatan mengajak.
"I'll think about it",Hani teragak-agak menjawab.Entah kenapa hatinya tidak sedap.
"Hm...ok...but I hope I'll meet you tonight"

Dan malam itu...
Hani nampak begitu anggun.Dengan dress tanpa lengan berwarna peach dipadankan dengan cardigan lengan panjang.Seluar jeans warna biru turut dikenakan.Akhirnya dia datang juga.

Walaupun ajaran agama ditinggalkannya sedikit demi sedikit,dia masih ada lagi kewarasan akal.Pakaian sek-seksi cuba dielakkannya sebaik mungkin dan begitu juga air setan belum pernah diteguknya.

Kehadirannya disambut oleh Kelly dan beberapa rakannya yang lain.Ethan Drew,kekasih hatinya juga ada di situ.Mereka berbual-bual.Sejurus itu,Hani disua jus oren kerana semua sudah memaklumi Hani tidak akan menogok apa-apa minuman keras walaupun dipujuk beberapa kali.

Tapi...Hani tidak sedar yang jus oren itu dibubuh dadah di dalamnya!

Hani pening.Dia terdengar beberapa orang tergelak-gelak.Suasana sungguh riuh dan hingar.Sedang dia rasa ada orang berbuat sesuatu kepadanya,dia terdengar semacam bunyi orang bergaduh.Dan dia terus pengsan.